Tips Kerja Berpasukan : Merenjis Air Mawar

 

trainer-fadzli Fadzli Yusof

 

Ini bukanlah kaedah dalam mengagihkan tugas, tetapi tip penting untuk kita lakukan selepas kerja dibereskan. Ia ringkas sahaja iaitu ‘pujian dan penghargaan’. Kita mesti faham satu konsep yang lebih jelas iaitu setiap di kalangan kita adalah manusia dan manusia mempunyai harga diri. Hormati harga diri orang lain dan jagalah emosi mereka. Mereka bukannya robot yang boleh disuruh berbuat apa sahaja tanpa penghargaan. Manusia inginkan penghargaan. ‘Renjiskan’ penghargaan kepada mereka dengan bersungguh-sungguh. Thomas Fuller pernah menyebut,‘Praise makes good men better’.

Pernahkah kita menyaksikan majlis persandingan? Biasanya sepasang pengantin duduk di atas pelamin yang cantik dan gilang gemilang. Kemudian, datang tetamu satu persatu ke pentas pelamin merenjis tepung tawar. Apabila orang yang menepung tawar itu orang yang berkedudukan, semakin bangga pengantin dan keluarga mereka. Tahukah anda apakah gelaran kepada pasangan pengantin? Ya, mereka begitu gembira dan berprestij, sehingga digelar sebagai ‘Raja Sehari’. Kenapa? Kerana mereka begitu dihargai oleh semua yang ada pada hari itu.

Begitu juga apabila anda bekerja bersama orang lain. Hargailah mereka yang melakukan tugasan itu dengan ‘merenjiskan’ pujian dan penghargaan kepada mereka. Bagaimana hendak merenjiskan air mawar? Bukannya susah. Pertama sekali, ungkapkan terima kasih dengan wajah senyum dan manis. Luahkan kita benar-benar menghargai apa yang telah dilakukannya. Sebut juga faedah dan manfaat yang mungkin diperoleh oleh organisasi hasil daripada kerja yang cemerlang itu.

Kedua, sebutkan dengan jelas dan terperinci apakah perkara yang kita sukakan dalam kerja itu. Mungkin kerana susunannya ataupun rekabentuknya ataupun warnanya, atau ketepatan masanya dan banyak lagi. Tunjukkan kita benar-benar mengagumi hasil kerja mereka.

Ketiga, kita boleh juga menggunakan hubungan fizikal bagi mencantikkan lagi ‘renjisan’ mawar kita itu. Kita boleh menepuk belakang atau berjabat tangan dengannya. Pandang ke arah matanya, senyum dan tunjukkan kita benar-benar menghargai hasil kerjanya itu. Kajian menunjukkan sentuhan fizikal dapat mempengaruhi emosi seorang itu. Ini kerana badan manusia mempunyai gelombang masing-masing. Apabila badan kita bersentuh, ia mempengaruhi emosi dan perasaan seseorang.

Ada pantang larang dalam tip ini. Seperti biasa, jangan hipokrit sesama ahli pasukan. Hargai mereka secara ikhlas dari hati. Latih hati kita menjadi baik dan lembut. Puji mereka dari hati. Apabila anda berpura-pura, pasti orang lain menyedarinya. Apabila kita berpura-pura memuji, orang lain tidak sedikit pun rasa dihargai, bahkan ia dapat menimbulkan rasa jelek dan menyampah pada diri anda. Jadi, pastikan anda berhati-hati semasa ‘merenjis mawar’. Tersalah cara, buruk padahnya!

 
UPCOMING EVENTS
booksb 

VISIT US AT

Our bookfair for warehouse clearance books at a discounted price.


 
venue:
 

 

JAYA 33

Jalan Semangat, Petaling Jaya

11th Sept - 11th Oct 2012

10.00 am to 9.30 pm

 

WISMA UOA | KLCC

Jalan Pinang, Kuala Lumpur

16th - 17th May 2012

10.30 am to 6.00 pm

 

 

 

MENARA PRUDENTIAL

Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

5th - 7th June 2012

10.30 am to 6.00 pm

 

**********

 



 This is an effort by Xztly! in support of Malaysian Literacy
 



LINKS

 Ultimate Performance Solutions